|
|
25 Sep 2007, 10:39 am / Full of life
Kadang-kadang aku malas ke sekolah.. kadang-kadang aku liat menyiapkan kerja rumah. kadang-kadang aku menangis sebab tidak tahu menyelesaikan masalah.. kadang-kadang aku malu di denda berdiri atas kerusi sehingga habis satu masa.. kadang-kadang aku rajin menghafal satu surah.. kadang-kadang aku suka membersihkan kelas untuk bertugas.. kadang-kadang aku ketawa melihat gaya dan gelagat guruku mengajar dengan meriah.. kadang-kadang aku bangga kerana mendapat tempat pertama di dalam kelas.. Tapi.. kadang-kadang aku suka termenung, termenung dan termenung.. kadang-kadang...oppss..aku di tegur oleh kawan ku dari belakang.. "angan-angan itu tidak salah kalau bertempat" Dan.. Aku tersenyum, tersenyum dan tersenyum aku muhasabah "Betul juga kata kawan ku" Kini.. aku nekad, aku buang semua sifat kadang-kadang itu... Dan berusaha, berusaha, berusaha.. Terus berusaha untuk berjaya..
|