Welcome Guest Login or Signup LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK US

   Purplegurl             
 


| VIEWING 1 - 8 OUT OF 8 TOTAL


jng lpe kn aku...
DATE: 11 Aug 2008, 2:37 pm / MOOD: Dont know

aku x tau nk wat npe agi..
aku dah bosan idup gni..
bnci pun ada gak..
skit ati pun ada gak..
pe2 pun aku bkn manusia yg sempurna..
aku pergi dlu..n tngglkn korang sume..

View Entry | Leave A Comment


Siri terbaru..hee
DATE: 16 Jul 2008, 10:29 am / MOOD: Happy

aku kembali dlm musim yg ke....???
ble lak aku ada rncangan tv ni???heee
pe2 pun aku dah kmbali..cm batman return r plak...
hahahaaa..tp aku ttp purplegurl!!!

View Entry | Leave A Comment


Fakta bukan Auta
DATE: 26 Apr 2008, 8:10 pm / MOOD: Dont know

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem
di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat,
dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. Laksa kedah pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita laksa mana ni?

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu babi queue haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap c*b*i kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L.
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau- kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok





View Entry | Leave A Comment


pontianak???
DATE: 26 Apr 2008, 8:08 pm / MOOD: Happy

suatu hari,di malam jumaat........................

tigaekor pontianak sedang berkumpul untuk menunjukkan kehebatan masing2...

Pontianak 2,3 :Pontianak 1,kau tunjukkan kehebatan kau dulu..kitorang nk tengok.....

Pontianak 1 :Ok..wait n see

Pontianak 1 terbang dengan sepantas kilatke sebuah kampung dan 5 minit kemudian dia pulang semula ke tempat perkumpulan tadi dengan muka yang lebam2
dan bajunya di selimuti darah.

Pontianak 1 :Korang nampak x kampung kat sana tu?

Pontianak 2,3 :Nampak..

Pontianak 1 :Habis satu kampung aku dh kerjekan tau..amacam terror x?

Pontianak 2 :Nanti dulu,nak tau sapa terror tunggu lepas aku tunjukkan kehebatan aku....

Lalu pontianak 2 pun terbanglah dengan sepantas kilatke satu bandar dan 10 minit kemudian dia pulang sama dengan keadaan pontianak 1 pulang...

Pontianak 2 :Korang nampak tak bandar kat sana?

Pontianak 1,3:Nampak,knape?

Pontianak 2:Habis satu bandar aku dah kerjakan dah.amacam dah boleh classify sebagai terror kan?

Pontianak 1 :Belom!!sebab pontianak 3 belum tunjukkan lagi kehebatannya..skang kau pergi tunjukkan ke hebatan kau pulak pontianak 3

Pontianak3 :Ok..

Pontianak 3 pun terbang sepantas kilat tetapi tidak diketahui arah tujuannya.Beberapa saat selepas itu,dia pulang ke tempat perkumpulan
dengan tempurung kepala yang pecah dan muka yang berlumuran dengan darah.

Pontianak 3 :Korang nampak taktembok besar kat situ?

Pontianak 1,2 :Nmpak...

Pontianak 3:Ar...aku tak nampak..hehe

View Entry | Leave A Comment


Sayang plak!!
DATE: 26 Apr 2008, 8:05 pm / MOOD: In love

aku syg la plak nk tnggil kn mmbr..
tp xpe..klu ada masa aku on9 la..
n bls mgs or komen korang..
aku syg korang sume!!!

View Entry | Leave A Comment


Terahkir Bagi Ku..
DATE: 25 Apr 2008, 11:27 am / MOOD: Dont know

aku rase dah tiba msenye untuk aku undur diri dr blog...harap2 korang sume epi b'sama org yg t'syg..k.tata

View Entry | Leave A Comment


Kadang-kadang aku..
DATE: 25 Sep 2007, 10:39 am / MOOD: Full of life

Kadang-kadang aku malas ke sekolah..
kadang-kadang aku liat menyiapkan kerja rumah.
kadang-kadang aku menangis sebab tidak tahu menyelesaikan masalah..
kadang-kadang aku malu di denda berdiri atas kerusi sehingga habis satu masa..

kadang-kadang aku rajin menghafal satu surah..
kadang-kadang aku suka membersihkan kelas untuk bertugas..
kadang-kadang aku ketawa melihat gaya dan gelagat guruku mengajar dengan meriah..
kadang-kadang aku bangga kerana mendapat tempat pertama di dalam kelas..

Tapi..
kadang-kadang aku suka termenung, termenung dan termenung..
kadang-kadang...oppss..aku di tegur oleh kawan ku dari belakang..
"angan-angan itu tidak salah kalau bertempat"

Dan..
Aku tersenyum, tersenyum dan tersenyum aku muhasabah
"Betul juga kata kawan ku"

Kini..
aku nekad,
aku buang semua sifat kadang-kadang itu...
Dan berusaha, berusaha, berusaha..
Terus berusaha untuk berjaya..

View Entry | Leave A Comment


ingatkan aku..
DATE: 29 Aug 2007, 3:46 pm / MOOD: Other

Assalamualaikum..
nak mintak tolong sikit boleh tak?

tolong ingatkan aku..
andai aku terlupa Tuhan..
dalam kelapangan dan kesibukan..
dalam kesenangan dan kesusahan..

tolong ingatkan aku..
jangan jadi anak derhaka..
mak ayah dilupakan jangan..
usah diluka hati dan perasaan..

tolong ingatkan aku..
supaya ingat pesan guru..
bukan sekadar peringatan..
tapi terbiyah berpanjangan..

tolong ingatkan aku..
dengarlah dan bacalah al-quran..
tika radio penuh hiburan..
tika tv penuh hindustan..

tolong ingatkan aku..
di mana islamnya zahirku..
jika aurat didedahkan..
disingkat,diketat dan di jarangkan..

tolong ingatkan aku..
jadilah sahabat yang baik..
sentiasa memberi peringatan..
sentiasa menerima teguran..

tolong ingatkan aku..
kalau bercinta biar keranaNya..
dalam memilih iman..
kelak ikatan di hindari syaitan..

tolong ingatkan aku..
hidup ini satu kembara..
kutiplah mutiara dalam perjalanan..
moga disana menjadi bekalan..

tolong ingatkan aku..
diri ini milik yang kuasa..
kepadaNya jiwa ku serahkan..
segala-galaNya dialah tumpuan..

tolong ye ingatkan aku..terima kasih..wassalam..

View Entry | Leave A Comment





Bloglah.org: Social bloggers community