Welcome Guest Login or Signup LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK US

   Naz             
 


05 May 2008, 2:25 pm / Happy

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak
kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut
'tersenyum'
dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan
aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus
(bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan
dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan
diri
sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24
jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini
terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu
lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang
dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400
kali
sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang
penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu
stress
yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan
kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai
eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline'.
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan
penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel
B
(yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah
tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus
orang
yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang
sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk
belajar.
Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak
lebih
peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang
percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa
minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak
kisah
lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu
jangan
keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.


My Comments

07 May 2008, 10:03 am
wah gud info...







Bloglah.org: Social bloggers community