 |
VIEWING 1 - 8 OUT OF 8 TOTAL
Kerinduan Malam
DATE: 05 May 2008, 2:45 pm / MOOD: Full of life
Kerinduan Malam Pabila malam melabuhkan tirai harinya Kerinduanku pada dirimu hadir tanpa di duga Rinduku pada keikhlasan yang lahir dari hati mu Rinduku pada setiap patah baris ayat-ayat mu Rinduku pada tutur kata-kata manis mu Rinduku pada hilai tawa mu Rinduku pada alun suara mu yang senantiasa mengiang di telingaku Malah kerinduan itu tidak terungkap dengan kata-kata betapa aku merindu mu Rindu yang hadir memberi keceriaan dalam diri ini Kerinduan yang menghiburkan aku tatkala aku sepi Terukir sejuta senyuman pabila ku terjaga dari mimpi Di mana kerinduan ini akan sentiasa ku hargai Dan diri mu akan sentiasa menjadi sumber inspirasi Buat diri ku mencoretkan puisi hati Betapa rindu itu amat bermakna dalam diri ini Yang ianya takkan pernah terpadam dari lubuk hati Kan ku jadikannya sebagai satu kenangan yang abadi Untuk ku kenangkan ke akhir hayat ku nanti…
View Entry | Leave A Comment
Jika
DATE: 05 May 2008, 2:44 pm / MOOD: Dont know
Jika Jika kau rindu Nyatakan ia melalui angin bayu Jika kau kasih Bisikkan ia di setiap malam-malam ku Jika kau sayang Sematkan ia di setiap pelusuk tubuh mu Jika kau cinta Biarkanlah ia lahir dengan penuh ketulusan hati mu Malah jika kau benci Luahkan ia agar tidak menyiksa diri mu Dan jika kau alami semuanya Selamilah ia dengan penuh kejujuran Melalui naluri hati yang tenang Agar jawapan yang kau temui itu pasti Untuk kau harungi dugaan yang akan mendatang Supaya diri mu memperoleh kehidupan yang di impi Coretan pagi…05 May 2007…9:00a.m.
View Entry | Leave A Comment
15 Rahsia Senyum
DATE: 05 May 2008, 2:25 pm / MOOD: Happy
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'. 9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 15. Pujangga menyebut : " SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.
View Entry | Leave A Comment
Hidup
DATE: 29 Apr 2008, 9:26 am / MOOD: Disapointed
Hidup, Kadangkala kita di atas Kadangkala kita di bawah Kadangkala kita mengecap nikmat Kadangkala kita di rumdum malang Hidup, Terasa bahagia bila mendapat khabar gembira Terasa terluka pabila khabar derita menyelubungi jiwa Bila di sukai panjang lebar senyumannya Bila di benci kebaikan dahulu tak dihiraukannya Hidup, Lakonan pentas dunia semata-mata Mainkanlah wataknya dengan sempurna Terima yang baik, yang buruk jadikan pengalaman berguna Semoga kejayaan hidup di dunia menjadi bekalan hidup di sana....
View Entry | Leave A Comment
hantamsajalalabu...
DATE: 15 Apr 2008, 1:24 pm / MOOD: Drunk
PENGERTIAN SEBUAH CINTA**KASIH**SAYANG**HATI CINTA : (sebelum kahwin) C = cubit kiri, kanan rasa. I = impian indah ibarat syurga. N = nikah impian utama. T = taat setia membawa bahagia. A = awal dan akhir bersama-sama (selepas kahwin) C = cuka yang dituang pada luka. I = iblis yang merosak minda. N = nafsu semata-mata. T = tuba yang dibalas semula. A = api dalam neraka. KASIH : (sebelum kahwin) K = kongsi semua suka duka. A = abang adik, ayang anja, PAPA dan MAMA. S = sumpah janji di bibir sentiasa. I = istana bahagia dah dicipta. H = hatiku hatimu jua. (selepas kahwin) K = kaki tangan naik kat kepala. A = abuk pun tara, nak makan apa?? S = simpati langsung tak ada. I = ironi membakar jiwa. H = hidup mati sama saja. SAYANG : (sebelum kahwin) S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! A = asal free mesti nak jumpa. Y = you lap me, I lap you! A = apa saja sanggup diduga. N = nak itu, nak ini... mesti dapat. G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama. (selepas kahwin) S = salah sikit kiamat dunia. A = air tak sedap, basahlah mata. Y = yang betul dia saja. A = ada tak ada, bagi anak reti la. N = nak dilawan, digelar derhaka. G = gaduh sampai lebam. HATI : (sebelum kahwin) H = hanya dikau yang daku cinta. A = air paip pun manis macam gula. T = tak jumpa sehari boleh jadi gila. I = igauan indah tak terkira. (selepas kahwin) H = hantu jembalang lagi sempurna. A = air mata jadi teman setia. T = tempat mengadu dah tak ada. I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana
View Entry | Leave A Comment
Apapala...
DATE: 15 Apr 2008, 1:17 pm / MOOD: Dont know
Kehadiran cinta bagi setiap insan datang sejak dari kelahirannye di dunia yang amat fana ini. Di pupuk dibelai dengan penuh kasih sayang. Tapi mengerti kah mereka di kala itu erti sebuah cinta dan kasih sayang? Tuhan saje yang mampu menjawabnye.. Bagi insan yang memahami erti sebuah cinta pasti mengerti bagaimana mencari cinta yang sempurna. Tidak akan terburu-buru untuk mengejarnya. Menyelami hati seseorang itu amat sukar dilakukan kerana kita sebagai manusia biasa tidak tahu ape yang tersirat di dalam hati seseorang itu. Cinta, jika dilayan..erhhmm.. Ape yang dilakukan semuanye serba tidak kene. Bagai nak gile memikirkannye. Pabila gagal dalam percintaan, lelaki selalunye ego dengan dirinya. Tidak akan pernah menganggap dirinya yang menggagalkan cinta itu. Bagi yang wanita pula,(yang aku kenalilah) seperti hatinya yang terlalu rapuh & halus. Sentiasa akan hilang kawalan dalam dirinya menangis, merayu meminta simpati dan termenung panjang memikirkan apekah hanya dirinya sahaja yang perlu disalahkan..Memang tak adilkan kehidupan ini... Bagi diriku, aku tidak pernah mengharap dan menginginkan cinta itu hadir lagi dalam hatiku. Bukannya aku membenci cinta, tapi aku rasa lebih bahagia dan sempurna dengan cara hidup ku yang sebegini. Tidak pernah aku terfikir untuk bercinta lagi kerana ku sedar betapa pedih, menderita dan pahitnya pabila menghadapi kegagalan. Pedulikanlah ape orang nak kata atau kutuk ke atas hidup ku ini..janji aku bahagia dengan diriku.. Itu kisah hidup aku la, bagi insan2 si luar tu, perjalanan hidupmu masih jauh dihadapan sana. Pelbagai dugaan dan rintangan yang akan kau lalui. Jadikanlah kegagalan lalu sebagai pengalaman untuk mu bagi meneruskan perjalanan hidup yang tidak pernah adil bagi setiap insan di muka bumi ini. Tabah, sabar, redha dan sentiasa bersyukur atas nikmat dan dugaan yang diberi oleh Nya adalah ubat dan penawar yang tiada tolok tandingnya bagi meneruskan hidup mu. Ingatilah bahawa setiap kejadian yang berlaku terdapat hikmah disebaliknya yang mana baik atau buruk harus kau terima dengan seikhlasnya.
View Entry | Leave A Comment
Doa Ku Buat Mu
DATE: 14 Apr 2008, 3:20 pm / MOOD: Happy
Syukur ke hadrat Ilahi.. Doa ku buat mu dimakbul oleh Nya.. Kepada Nya senantiasa ku panjatkan doa.. Tanpa putus ku berharap.. Agar segala kebahagian di perolehi oleh mu.. Agar segala kegelapan dalam diri mu diterangi sinar.. Semoga kau memiliki hidup yang selama ini kau impi2 kan.. Semoga kau menghargai hubungan yg lahirnya suci.. Kebahagian dirimu adalah kegembiraan hidupku.. Terimalah " Doa Ku Buat Mu..." Ikhlas Nukilan Dari ku...Naz 77
View Entry | Leave A Comment
Ketewasan Ku….
DATE: 11 Apr 2008, 12:08 pm / MOOD: Disapointed
Aku tewas dalam mencari cinta sejati Aku tewas pada kasih sayang yang kuberi Aku tewas pada kerinduan di kala sunyi Malah aku tewas pada kehidupan reality dan fantasi Di kala ini aku masih mengharap pada kasih yang tak sudi Mencari-cari sinar yang tidak pernah pasti Termenung sedih mengenang nasib diri Mengharapkan agar sinar itu muncul kembali Pencarian ku kini hanya tinggal mimpi Kerana aku akur akan takdir yang ditentukan Ilahi Kepada Nya ku panjatkan seribu doa untuk insan yang kukasihi Semoga diri mu perolehi apa yang dicari Di hujung mata pena ini ku menyusun sepuluh jari Agar setiap kata-kata dan tingkahlaku ku dimaafi Jangan sesekali kau menuding jari menyalahkan diri Kerana setiap yang terjadi telah pun terjadi Ketewasan ini akan ku jadikan kenangan yang paling abadi Yang tidak akan ku kikiskannya dari hati Semoga ianya akan terus bersemadi Di setiap pelusuk tubuh ku ini…..
View Entry | Leave A Comment
|