VIEW FULL VERSION: Link
Title: Salam - hargai isteri anda...
Category: full of life
Blog Entry:




Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang
bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah
suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang
akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji
penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap
diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60
hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu
bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran
siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis
ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak
masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah
lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya
faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta
dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah
rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki
dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk
disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba² mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa² kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat² islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan
langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu
lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada
sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya
pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini…