Welcome Guest Login or Signup LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK US

   Ika_wahidah             
 


06 Apr 2008, 2:15 pm / Full of life



NST, 6 April 2008-Child genius and now prostitute: Sufiah Yusof attended Oxford University at just age 13. Then, last weekend, she got the confirmation she desperately craved-although in an unimaginably sad way.

Sufiah Yusof, gadis yang pernah menggemparkan dunia kerana kebijaksanaannya.kita diMalaysia turut berbangga kerana gadis manis ini lahir dari rahim wanita Malaysia. Namanya meniti bibir ke bibir, setiap ibu bapa mengimpikan anak sebijak dirinya.ibubapa ku jua. 10 tahun kian berlaku, pada usia 21 tahun, ku kira ku masih lagi tidak sehebatnya. Matematik adalah matapelajaran yang paling ku lemah. Tapi syukur, setiap kelemahan ada kelebihannya. Walaupun tidak sehebatmana, tapi aku masih lagi meneruskan pelajaran disebuah intitusi tempatan. Sewaktu kecil, ku amat mengagumi insan bernama Sufiah Yusof ini, pada fikiran ku, dia tidak perlu berusaha keras, memerah otak berjam-jam lamanya hanya untuk menyelesaikan hanya satu soalan kalkulus.Di usia 13 tahun, dia berjaya belajar di Universiti Oxford .Sebuah university yang warganya bukan calang-calang dan pasti melahirkan insane yang mempunyai masa depan yang cukup cemerlang.. Sedangakan pada usia itu, aku masih lagi terkapai-kapai melalui usia remaja di sekolah menengah di kawasan perumahan lantaran keputusan UPSR yang tidak melayakan aku meniti tangga mana-mana sekolah berasrama penuh.
Hari ini, aku terkejut, mengapa dia menjadi sebegitu. Seorang perkerja seks adalah perkataan yang ku rasa sesuai. Terasa diri lebih beruntung daripadanya. Ku tertanya-tanya, mengapa insan yang sebegitu istemewa sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan yang sungguh mengharukan. Media cetak mengatakan bahawa dia tertekan. Hidup dalam keadaan yang mengerikan. Menurut media cetak itu lagi, Sufiah menjelaskan bahawa hidup bersama ayahnya seperti dalam neraka. Hmmmm…..terfikir panjang diriku…

Ibu berkata, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka mahu anak mereka menjadi seorang insan yang lebih baik dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik dari segala segi daripada mereka. Ayah hanya mengangguk , tanda mengiakan. Lantas, ku ajukan soalan, mengapa ada anak yang kehidupanya lebih teruk daripada ibubapa mereka harapkan. Ayah hanya tersenyum, meninggalkan aku yang terkapai-kapai mencari jawapan. Ibu berkata: “tanyalah pada dirimu sayang, nanti mungkin kamu mendapat jawapannya sendiri”. Aka hanya mengeluh,sukar sangat ke, hendak member jawapan untuk pertanyaan ku itu. Bertanya pada adik perempuan ku, dia hanya mengelengkan kepala, malas melayan kerenahkau yang pelbagai ragam. “ jangan menyalahkan orang tua, nanti hidup tak berkat, masuk neraka,aku hanya boleh tengok sahaja dari syurga,,,hihihihi” “ macam lah kau tu layak sangat masuk syurga, pahala dosa urusan tuhan , bukan kau menentukannya’tuturku. “ memanglah, tapi keredhaan ibubapa, keredhaan Allah juga”. Tungkasnya menyebabakan kau terdiam seribu bahasa.


Malas melayan kerenah adikku yang akan menyakitkan hati, ku hubungi rakanku di alam cyber, Jazihan Mahat. Lantas kuajukan kan soalan yang bersarang diminda. Rakan sejak sejak sekolah menengah ini kurasakan insan yang paling sesuai untuk mengumpat,bergosip, membuat andaian,melepaskan perasaan dan juga berdikusi.hihihi..
Hasilnya. Memang mudah sebenarnya menyalahkan orang lain atas kesilapan kita sendiri.lebih-lebih lagi jika sesorang itu memainkan peranan besar dalam hidup kita. Tapi, kitalah yang sebenarnya yang hanya layak dipersalahkan. Ibubapa hanya memberikan jalan, panduan,langkah. Dan kita lah yang memilih jalan mana yang kita mahukan. Dalam hidup, bukan intelektual yang tinggi sahaja diperlukan tetapi juga, emosi yang tinggi. IQ msti seimbang dengan dengan EQ. Persekitaran, kawan-kawan, media massa, semuanya memainkan peranan yang aku rasa agak kuat dalam menentukan peribadi dan kejayaan seseorang. Hmmm… lantas, aku amat bersyukur dikurniakan ibubapa yang sering memberikan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Persekitan yang aman, untuk ku menjumpai rakan "rakan yang baik-baik jua. Menunjukkan padaku sebuah dunia yang penuh keindahan biarpun kekejaman sentiasa mendatang.
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk,kawan yang buruk dan jiran yang jahat ditempat tinggalku”
Riwayat al-Tabrani,
Apa yang berlaku adalah pengalaman yang paling berharga. Setiap yang berlaku adalah ujian dari tuhan yang maha esa, menguji sejauh mana tahap kesabaran insannya. Tidak akan beriman sesuatu kaum itu, kecuali dirinya diuji. Siapa la kita hendak menilai kehidupan setiap insan, sedangkan dalam riwayat sekali pun, ada pelacur yang masuk syurga hanya membeeri air minuman pada seekor anjing. Pelacur ,pekerjaan yang jijik dan anjing adalah haiwan yang diharam dalam islam. Tapi ternyata Tuhan itu maha pengampun lagi penyayang. Ku berdoa insan yang bernama Sufiah itu insaf kembali kepangkal jalan, menjadi gadis yang mempunyai kehidupan yang indah.seperti yang kurasakan sekarang.
"Fall seven times, get up eight." - Japanese Proverb
"Patience and perseverance have a magical effect before which difficulties disappear and obstacles vanish." - John Quincy Adams

Sekian.Assaalamualikum…

Rahika halim_ 2.06pm.





Bloglah.org: Social bloggers community