Welcome Guest Login or Signup LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK US

   Ika_wahidah             
 


| VIEWING 1 - 3 OUT OF 3 TOTAL


pedoaman untuk aku
DATE: 06 Apr 2008, 2:15 pm / MOOD: Full of life



NST, 6 April 2008-Child genius and now prostitute: Sufiah Yusof attended Oxford University at just age 13. Then, last weekend, she got the confirmation she desperately craved-although in an unimaginably sad way.

Sufiah Yusof, gadis yang pernah menggemparkan dunia kerana kebijaksanaannya.kita diMalaysia turut berbangga kerana gadis manis ini lahir dari rahim wanita Malaysia. Namanya meniti bibir ke bibir, setiap ibu bapa mengimpikan anak sebijak dirinya.ibubapa ku jua. 10 tahun kian berlaku, pada usia 21 tahun, ku kira ku masih lagi tidak sehebatnya. Matematik adalah matapelajaran yang paling ku lemah. Tapi syukur, setiap kelemahan ada kelebihannya. Walaupun tidak sehebatmana, tapi aku masih lagi meneruskan pelajaran disebuah intitusi tempatan. Sewaktu kecil, ku amat mengagumi insan bernama Sufiah Yusof ini, pada fikiran ku, dia tidak perlu berusaha keras, memerah otak berjam-jam lamanya hanya untuk menyelesaikan hanya satu soalan kalkulus.Di usia 13 tahun, dia berjaya belajar di Universiti Oxford .Sebuah university yang warganya bukan calang-calang dan pasti melahirkan insane yang mempunyai masa depan yang cukup cemerlang.. Sedangakan pada usia itu, aku masih lagi terkapai-kapai melalui usia remaja di sekolah menengah di kawasan perumahan lantaran keputusan UPSR yang tidak melayakan aku meniti tangga mana-mana sekolah berasrama penuh.
Hari ini, aku terkejut, mengapa dia menjadi sebegitu. Seorang perkerja seks adalah perkataan yang ku rasa sesuai. Terasa diri lebih beruntung daripadanya. Ku tertanya-tanya, mengapa insan yang sebegitu istemewa sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan yang sungguh mengharukan. Media cetak mengatakan bahawa dia tertekan. Hidup dalam keadaan yang mengerikan. Menurut media cetak itu lagi, Sufiah menjelaskan bahawa hidup bersama ayahnya seperti dalam neraka. Hmmmm…..terfikir panjang diriku…

Ibu berkata, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka mahu anak mereka menjadi seorang insan yang lebih baik dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik dari segala segi daripada mereka. Ayah hanya mengangguk , tanda mengiakan. Lantas, ku ajukan soalan, mengapa ada anak yang kehidupanya lebih teruk daripada ibubapa mereka harapkan. Ayah hanya tersenyum, meninggalkan aku yang terkapai-kapai mencari jawapan. Ibu berkata: “tanyalah pada dirimu sayang, nanti mungkin kamu mendapat jawapannya sendiri”. Aka hanya mengeluh,sukar sangat ke, hendak member jawapan untuk pertanyaan ku itu. Bertanya pada adik perempuan ku, dia hanya mengelengkan kepala, malas melayan kerenahkau yang pelbagai ragam. “ jangan menyalahkan orang tua, nanti hidup tak berkat, masuk neraka,aku hanya boleh tengok sahaja dari syurga,,,hihihihi” “ macam lah kau tu layak sangat masuk syurga, pahala dosa urusan tuhan , bukan kau menentukannya’tuturku. “ memanglah, tapi keredhaan ibubapa, keredhaan Allah juga”. Tungkasnya menyebabakan kau terdiam seribu bahasa.


Malas melayan kerenah adikku yang akan menyakitkan hati, ku hubungi rakanku di alam cyber, Jazihan Mahat. Lantas kuajukan kan soalan yang bersarang diminda. Rakan sejak sejak sekolah menengah ini kurasakan insan yang paling sesuai untuk mengumpat,bergosip, membuat andaian,melepaskan perasaan dan juga berdikusi.hihihi..
Hasilnya. Memang mudah sebenarnya menyalahkan orang lain atas kesilapan kita sendiri.lebih-lebih lagi jika sesorang itu memainkan peranan besar dalam hidup kita. Tapi, kitalah yang sebenarnya yang hanya layak dipersalahkan. Ibubapa hanya memberikan jalan, panduan,langkah. Dan kita lah yang memilih jalan mana yang kita mahukan. Dalam hidup, bukan intelektual yang tinggi sahaja diperlukan tetapi juga, emosi yang tinggi. IQ msti seimbang dengan dengan EQ. Persekitaran, kawan-kawan, media massa, semuanya memainkan peranan yang aku rasa agak kuat dalam menentukan peribadi dan kejayaan seseorang. Hmmm… lantas, aku amat bersyukur dikurniakan ibubapa yang sering memberikan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Persekitan yang aman, untuk ku menjumpai rakan "rakan yang baik-baik jua. Menunjukkan padaku sebuah dunia yang penuh keindahan biarpun kekejaman sentiasa mendatang.
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk,kawan yang buruk dan jiran yang jahat ditempat tinggalku”
Riwayat al-Tabrani,
Apa yang berlaku adalah pengalaman yang paling berharga. Setiap yang berlaku adalah ujian dari tuhan yang maha esa, menguji sejauh mana tahap kesabaran insannya. Tidak akan beriman sesuatu kaum itu, kecuali dirinya diuji. Siapa la kita hendak menilai kehidupan setiap insan, sedangkan dalam riwayat sekali pun, ada pelacur yang masuk syurga hanya membeeri air minuman pada seekor anjing. Pelacur ,pekerjaan yang jijik dan anjing adalah haiwan yang diharam dalam islam. Tapi ternyata Tuhan itu maha pengampun lagi penyayang. Ku berdoa insan yang bernama Sufiah itu insaf kembali kepangkal jalan, menjadi gadis yang mempunyai kehidupan yang indah.seperti yang kurasakan sekarang.
"Fall seven times, get up eight." - Japanese Proverb
"Patience and perseverance have a magical effect before which difficulties disappear and obstacles vanish." - John Quincy Adams

Sekian.Assaalamualikum…

Rahika halim_ 2.06pm.


View Entry | Leave A Comment


CINTA???
DATE: 04 Apr 2008, 11:03 pm / MOOD: In love

1] Orang yang mencintai kamu tidak
pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di
hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman
istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu
bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu
menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin tahu tentang apa saja yang kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu
kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan
mengirimkan SMS seperti ‘Selamat
Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat
Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam
cara yang berbeza,bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain
kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan
kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan
menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu
mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu, bahkan mungkin kejadian
yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang
berharga untuknya.Dan saat itu, matanya
pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu
tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu
mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang
kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan
kata-kata mu di hatinya,berapa banyak
kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan
orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan
belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik
kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu
kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da
berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu
kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim
SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan
tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi
ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk
memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan
memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang
biasa, tetapi baginya barang itu sangat
istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan
terdiam sesaat, ketika sedang bercakap
di telefon dengan kamu, sehingga kamu
menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke
daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada
dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh
dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak
lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering
melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa
sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya
ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu
pening kepala. Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu
terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia
tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu
walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka
nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan
SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas dan
segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri
daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu, walaupun
hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya
dan ingin memberinya kesempatan dia akan
ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia
tak pernah mencari orang lain. Dia
sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak
pernah memaksa kamu memberinya sebab dan
alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu
terbeban dengan karenahnya. saat kau
pinta dia berlalu,dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar
mengerti apa itu cinta

View Entry | Leave A Comment


tudung kepala..lalalla
DATE: 03 Apr 2008, 1:04 am / MOOD: Full of life

"Saya ingin bercerita mengenai kisah
adik saya, Nur Annisa, seorang gadis
yang baru menginjak dewasa tetapi agak
kasar dan suka berkelakuan seperti
lelaki. Ketika usianya mencecah 17
tahun perkembangan tingkah lakunya
benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman
lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan
pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi
mengelakkan pergaulan yang terlalu
bebas, ibu telah meminta adik memakai
tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya
sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata
dengan suara yang agak keras, " cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada
yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang
tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan
annisa kat sekolah, yang pakai tudung
pun selalu keluar dating dengan
boyfriend diorang, pegang-pegang
tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang
anak yang masih kecil. Suaminya
bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya
siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal
berhampiran rumah kami, timbul desas-
desus mengenai isteri Abu Khoiri yang
tidak pernah keluar rumah, hingga ada
yang menggelarnya si buta, bisu dan
tuli.

Perkara ini telah sampai ke
pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang,
betul ke orang yang baru pindah itu,
isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu
saya menjawab sambil lewa, "kalau nak
tau sangat, pergi rumah mereka, tanya
sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil
serius kata-kata saya dan benar-benar
pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya
melihat perubahan yang benar-benar
mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau
lesu menjadi pucat lesi......entah apa
yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia
minta ibu buatkan tudung. Tudung yang
labuh. Adik pakai baju labuh......
lengan panjang pula tu...saya sendiri
jadi bingung..bingung campur syukur
kepada Allah SWT kerana saya melihat
perubahan yang ajaib..ya, saya kata
kan ajaib kerana dia berubah seratus
peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-
teman wanitanya yang datang ke rumah
hanya untuk bercakap perkara-perkara
yang tidak tentu arah... saya lihat,
dia banyak merenung, banyak baca
majalah Islam (biasanya dia suka beli
majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya,
baca Qur'annya, solat sunat nya..dan
yang lebih menakjubkan lagi, bila
kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji
bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di kalimantan,
kerja di satu perusahaan minyak
CALTEX. Dua bulan saya bekerja di
sana, saya mendapat khabar bahawa adik
sakit tenat hingga ibu memanggil saya
pulang ke rumah (rumah saya di
Madiun). Dalam perjalanan, saya tak
henti-henti berdoa kepada Allah SWT
agar adik diberi kesembuhan, hanya itu
yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan
pintu sudah ramai orang..hati berdebar-
debar, tak dapat ditahan.....saya
berlari masuk ke dalam rumah..saya
lihat ibu menangis .. saya segera
menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya
ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir
hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian
dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik
adik. Saya lihat di atas mejanya
terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik
menghabiskan waktunya sebelum tidur
semasa hayatnya. Kemudian diari itu
saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu
halaman yang menguakmisteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini. Perubahan yang terjadi ketika
adik baru pulang dari rumah Abu
khoiri..disitu tertera soal jawab
antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab
(saya lihat di lembaran itu terdapat
banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti
bidadari "mak cik.. wajah mak cik
sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku:
Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak
enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku:
Subhanallah..sesungguhnya keindahan
itu milik Allah SWT. Dan bila Allah
SWT berkehendak..siapakah yang boleh
menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak
kerana saya rasa tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya
berkelakuan baik.Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung.. pendapat makcik
bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung
rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat
oleh bukan muhrim kita semuanya akan
dipertanggungjawabkan dihadapan Allah
SWT nanti dan tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya tak
elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain,
tapi hakikat atau makna disebalik
tudung itu sendiri yang harus kita
fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi
mata kamu dari memandang lelaki yang
bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu
dari mengumpat orang dan bercakap
perkara yang sia-sia .. sentiasalah
lazimi lidah dengan zikir kepada Allah
SWT, lindungi telinga kamu dari
mendengar perkara yang mengundang
mudharat baik untuk dirimu mahupun
masyarakat, lindungi hidungmu dari
mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari
berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah
menuju maksiat, lindungi fikiran kamu
dari berfikir perkara yang mengundang
syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka
tudung yang kamu pakai akan menyinari
hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung... mudah
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,
macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang
Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu, kamu akan
diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan Allah
SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu
hari dimana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala
yang kedua, .pada saat roh-roh manusia
seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang
tiada batas, yang tanahnya dari logam
yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan, ketika tujuh matahari
didekatkan di atas kepala kita namun
keadaan gelap gelita, ketika seluruh
manusia ketakutan, ketika ibu tidak
mempedulikan anaknya, anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi
musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada
di alam ini, ketika manusia berbaris
dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya mempedulikan nasib
dirinya, dan pada saat itu ada yang
berpeluh kerana rasa takut yang luar
biasa hingga tenggelam dirinya akibat
peluh yang banyak, dan bermacam macam
rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya, ada yang melihat
ketika hidupnya namun buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk
seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu
Allah SWT murka.. belum pernah Allah
SWT murka sebelum dan sesudah hari
itu.Hingga ribuan tahun manusia
dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar
yang panas membara hinggalah sampai ke
Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil
hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita
tidak berusaha untuk beramal pada hari
ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita ditanya oleh Yang
Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang
Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah
SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu
saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan
airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya
lihat tertera tulisan kecil dibawah
tulisan itu "buta, tuli dan bisu.."
wanita yang tidak pernah melihat
lelaki selain muhrimnya, wanita yang
tidak pernah mahu mendengar perkara
yang dapat mengundang murka Allah SWT,
wanita tidak pernah berbicara ghibah
dan segala sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata
ini pun jatuh". Semoga Allah SWT
menerima adikku disisinya..
Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita semua.

View Entry | Leave A Comment





Bloglah.org: Social bloggers community