|
|
12 Dec 2007, 11:11 pm / High
Hai, lama tidak berjumpa kerana saya tidak melayari blogger ini untuk tempoh masa yang panjang.Ya, kenapa saya tidak melayari bloglah kerana saya sibuk dengan pelbagai aktiviti, harap maaf.Pihak gereja saya telah mengadakan banyak aktiviti untuk semua pelajar yang hampir sama umur dengan saya supaya mereka tidak membazirkan hari cuti yang panjang itu.Saya juga telah menyertai aktiviti tersebut dan saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa.Ah, saya telah lupa untuk memperkenalkan program yang telah saya sertai.Tajuk untuk program itu ialah CSI .Pernah menonton movie CSI tak ? Ya , program itu merupakan permainan siasatan , sangat hebat kan? Kami telah menyediakan program ini sejak bulan Ogos.Pada mula-mula program ini tidak menarik banyak orang tetapi kami cuba sedaya mungkin untuk mempromosikan program ini. Akhirnya , hampir seramai 100 orang menyertai aktiviti itu.Uasaha kami tidak disia-siakan. PAda hari itu, Nasib kami sangat baik , cuaca sangat baik dan sesuai untuk aktiviti luaran , dan tidak sesiapa yang mengalami kecederaan. Pendek kata, aktiviti itu telah berjalan dengan begitu lancar.Terima kasih kepada tuhan dan juga rakan-rakan yang telah menghulurkan bantuan semasa program tersebut.Jasa mereka amat dihargai. program itu telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelbagai pihak.Kami telah mendapat dorongan dari mereka dan ini telah memberi keyakian kepada kami untuk menjalankannya dengan lebih baik .
|