Welcome Guest Login or Signup LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK US

   Cherish             
 


04 Nov 2007, 11:10 pm / Other

Merdeka!!Ha ha, saya telah berjaya menempuhi peperiksaan akhir tahun saya yang telah mengadakan selama 1 bulan dari 1 Oktokber hingga 31 Oktober!! Tempoh peperiksaan itu telah meletihkan fizikal dan mental saya dan saya pernah menangis semasa mengambil peperiksaan untuk subjek Sejarah kerana sangat banyak perkara untuk dihafal dan saya berasa sangat tertekan .Kini,peperiksaan telah habis dijalankan dan saya boleh melakukan perkara yang saya sukai dan terpaksa melepaskannya semasa peperiksaan. Oleh itu, saya telah merancang beberapa banyak aktiviti untuk melepaskan bebanan peperiksaan saya.Mula-mula saya akan menonton japanese movie, japanese animasi, membaca comic ,dan saya telah menyertai beberapa kem motivasi. Semua perkara ini menghiburkan dan menggembirakan saya apabila saya cuma memikirkannya. Saya sangat menantikan ketibaan cuti sekolah saya yang akan datang. Tetapi saya terpaksa menghadapi hakikat bahawa saya akan menghadapi SPM tahun depan.Kakak saya menghadapi SPM tahun ini,dan dia telah bersungguh-sungguh untuk belajar. Cara dia belajar sangat menggerunkan, awal-awal dia sudah bangun kira-kira pukul 3 atau 4 pagi dan membaca buku . Dia tidak meninggalkan kerusinya sehingga makan tengah hari atau makam malam. Dia juga sangat lambat untuk tidur.Apabila saya melihat keadaannya, saya berasa sangat menyesal dengan kemalasan saya. Saya tahu saya kena rajin belajar dan tidak putus asa untuk mencapai keputusan yang baik. Tetapi , ini sangat susah bagi saya . SPM sudah tidak lama untuk saya , saya tidak boleh bersikap seperti dahulu dan tidak memperdulikan pembelajaran saya.Cara yang paling berkesan ialah menggunakan cuti sekolah yang panjang ini untuk membuat ulang kaji. Saya tidak tahu saya mampu atau tidak untuk melalukan apa yang dilakukan oleh kakak saya tetapi saya akan cuba . Saya akan cuba untuk tidak mengenal erti putus asa......

My Comments

05 Nov 2007, 2:22 pm
gud luck bebeh!







Bloglah.org: Social bloggers community