|
|
21 Sep 2007, 9:42 pm / Disapointed
Selama seminggu ini saya dan kawan-kawan saya menyibukkan diri dalam mengindahkan papan kenyataan untuk pertandingan menghiaskan papan kenyataan sempena Hari Kemerdekaan.Oleh sebab saya merupakan bendahari untuk persatuan Kristian dan Ahli Jawatankuasa yang memegang jawatan yang lebih tinggi daripada saya sedang menduduki peperiksaan , saya terpaksa untuk menerima tugasan ini untuk menghiaskan papan kenyataan. Malangnya saya bukan seorang yang kreatif dan berseni, saya pun mendapatkan bantuan daripada kawan saya untuk menyempurnakan tugasan yang agak sukar bagi saya ini.Saya juga meminta pertolongan daripada Internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tema pertandingan ini iaitu perpaduan, saya benar-benar telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencantikkan papan kenyataan tersebut.Namun, apabila saya melihat papan kenyataan yang dihasilkan oleh kawan-kawan lain lebih cantik dan menarik daripada papan kenyataan saya, keyakinan saya pun hilang dan kecewa .Padahalnya saya juga menabur usaha yang banyak untuk menyiapkan papan kenyataan ini tetapi papan kenyataan saya tidak setanding dengan papan kenyataan mereka.Pada hari ini, Pertandingan Menghiaskan Papan kenyataan telah dijalankan.Pagi-pagi hari ini , kebanyakan ahli persatuan yang lain sibuk menghiaskan papan kenyataan sebagai persiapan terakhir tetapi saya tidak berbuat apa-apa kerana saya telah menyiapkan papan kenyataan semalam. Pada pukul 10 pagi, pengadilan dimulakan. Hati saya berdebar-debar apabila hakim menghampiri papan kenyataan saya.Apabila salah satu daripada hakim tersebut meminta saya untuk menjelaskan maklumat yang ditampal di atas papan kenyataan, saya telah cemas dan menjawab soalan hakim itu dengan tidak betul. Saya berasa sedih apabila hakim tersebut mengkritik bahawa warna latar belakang tidak memadan dengan warna perkataan dan hiasan papan kenyataan saya memeningkan kepalanya. Nampaknya peluang untuk memenangi pertandingan ini menjadi lebih kecil dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada Isnin yang akan datang.Ah, biarlah tidak menang dalam pertandingan ini, asalkan ini dapat menjadi memori yang indah pada masa depan apabila saya mengimbas kembali bagaimana saya berusaha untuk memenangi Pertandingan Menghiaskan Papan kenyataan ini.
|