|
|
11 Sep 2007, 10:06 pm / Dont know
Kawan saya, Minah merupakan seorang yang bertanggungjawab, lemah lembut dan peramah. Dia sering disukai oleh orang di sekelilingnya. Malah, dia merupakan naib kapten pengawas sekolah saya dan dia telah menjawat jawatan yang penting dalam beberapa persatuan. Baru-baru ini, sekolah saya telah mengadakan pertandingan menghiaskan papan kenyataan sempena Hari Kemerdekaan dan semua persatuan berkobar-kobar untuk mendapat hadiah yang lumayan itu. Saya tahu Minah akan berasa tertekan kerana dia terpaksa memikul tanggungwabnya untuk menyiapkan 3 papan kenyataan dan dia juga kekurangan bantuan kerana kebanyakan ahli jawatankuasa yang lain sedang menghadapi peperiksaan kerajaan. Selain itu, dia juga perlu melaksanakan tugasnya untuk lembaga pengawas dan terdapat banyak kerja rumah yang belum desiapkan olehnya. Saya kesian melihat keadaannya dan pada hari ini telah berlaku satu peristiwa yang menyebabkan Minah mengangis. Tidak tahu apa sebabnya, guru metematik kami bersikap tidak normal pada hari ini. Dia telah menyuruh murid-murid untuk menulis jawapan pada papan hitam dan semua murid yang dipanggil keluar dimarah olehnya kerana perkara yang kecil sahaja dan Minah merupakan orang yang terakhir keluar untuk melukis jawapan. Apabila Minah ingin menulis gambar rajah untuk soalan itu, cikgu pun berang dan marahnya supaya jangan membazirkan masa untuk melukis gambar itu dengan nada yang tinggi sehingga kami semua terperanjat dengan apa yang berlaku. Setiap kali Minah menulis apa-apa , cikgu pun marah dia bahawa tidak mendengar kata cikgu dan tidak mengikut langkah-langkah yang betul.Padahalnya, seminggu yang lalu , saya juga menjawab soalan seperti itu di papan hitam dan cikgu pun tidak marah pada masa itu. Akhirnya, Minah tidak tahan dengan sikap cikgu dan melontar kapur ke meja guru. Cikgu tidak peduli apa yang berlaku dan terus memarahimya. Minah yang kesian itu hanya menutup muka dengan tangannya dan menangis, kami semua berasa marah untuknya tetapi kami tidak tahu apa yang boleh kami buat selain memujuknya. Semoga Minah boleh cepat sembuh daripada luka yang terdapat dalam hatinya dan tabah untuk menghadapi semua ini. Minah, kami memerlukanmu dan kami akan menyokongmu.
|