|
|
 |
VIEWING 1 - 8 OUT OF 8 TOTAL
I'm back...
DATE: 12 Dec 2007, 11:11 pm / MOOD: High
Hai, lama tidak berjumpa kerana saya tidak melayari blogger ini untuk tempoh masa yang panjang.Ya, kenapa saya tidak melayari bloglah kerana saya sibuk dengan pelbagai aktiviti, harap maaf.Pihak gereja saya telah mengadakan banyak aktiviti untuk semua pelajar yang hampir sama umur dengan saya supaya mereka tidak membazirkan hari cuti yang panjang itu.Saya juga telah menyertai aktiviti tersebut dan saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa.Ah, saya telah lupa untuk memperkenalkan program yang telah saya sertai.Tajuk untuk program itu ialah CSI .Pernah menonton movie CSI tak ? Ya , program itu merupakan permainan siasatan , sangat hebat kan? Kami telah menyediakan program ini sejak bulan Ogos.Pada mula-mula program ini tidak menarik banyak orang tetapi kami cuba sedaya mungkin untuk mempromosikan program ini. Akhirnya , hampir seramai 100 orang menyertai aktiviti itu.Uasaha kami tidak disia-siakan. PAda hari itu, Nasib kami sangat baik , cuaca sangat baik dan sesuai untuk aktiviti luaran , dan tidak sesiapa yang mengalami kecederaan. Pendek kata, aktiviti itu telah berjalan dengan begitu lancar.Terima kasih kepada tuhan dan juga rakan-rakan yang telah menghulurkan bantuan semasa program tersebut.Jasa mereka amat dihargai. program itu telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelbagai pihak.Kami telah mendapat dorongan dari mereka dan ini telah memberi keyakian kepada kami untuk menjalankannya dengan lebih baik .
View Entry | Leave A Comment
Merdeka!!
DATE: 04 Nov 2007, 11:10 pm / MOOD: Other
Merdeka!!Ha ha, saya telah berjaya menempuhi peperiksaan akhir tahun saya yang telah mengadakan selama 1 bulan dari 1 Oktokber hingga 31 Oktober!! Tempoh peperiksaan itu telah meletihkan fizikal dan mental saya dan saya pernah menangis semasa mengambil peperiksaan untuk subjek Sejarah kerana sangat banyak perkara untuk dihafal dan saya berasa sangat tertekan .Kini,peperiksaan telah habis dijalankan dan saya boleh melakukan perkara yang saya sukai dan terpaksa melepaskannya semasa peperiksaan. Oleh itu, saya telah merancang beberapa banyak aktiviti untuk melepaskan bebanan peperiksaan saya.Mula-mula saya akan menonton japanese movie, japanese animasi, membaca comic ,dan saya telah menyertai beberapa kem motivasi. Semua perkara ini menghiburkan dan menggembirakan saya apabila saya cuma memikirkannya. Saya sangat menantikan ketibaan cuti sekolah saya yang akan datang. Tetapi saya terpaksa menghadapi hakikat bahawa saya akan menghadapi SPM tahun depan.Kakak saya menghadapi SPM tahun ini,dan dia telah bersungguh-sungguh untuk belajar. Cara dia belajar sangat menggerunkan, awal-awal dia sudah bangun kira-kira pukul 3 atau 4 pagi dan membaca buku . Dia tidak meninggalkan kerusinya sehingga makan tengah hari atau makam malam. Dia juga sangat lambat untuk tidur.Apabila saya melihat keadaannya, saya berasa sangat menyesal dengan kemalasan saya. Saya tahu saya kena rajin belajar dan tidak putus asa untuk mencapai keputusan yang baik. Tetapi , ini sangat susah bagi saya . SPM sudah tidak lama untuk saya , saya tidak boleh bersikap seperti dahulu dan tidak memperdulikan pembelajaran saya.Cara yang paling berkesan ialah menggunakan cuti sekolah yang panjang ini untuk membuat ulang kaji. Saya tidak tahu saya mampu atau tidak untuk melalukan apa yang dilakukan oleh kakak saya tetapi saya akan cuba . Saya akan cuba untuk tidak mengenal erti putus asa......
View Entry | Leave A Comment
我的弟弟
DATE: 06 Oct 2007, 8:41 pm / MOOD: Happy
'的弟弟'是位出了名的搗蛋鬼,只要有一樣東西在他手中,不出一分鐘那樣東西就給他搞砸了,父母更是對他頭痛都拿他'辦法,常常到處去闖禍。他都是在'這神""較大條的姐姐的喊嗎之下長大的。'從來'想過他有成長的一天。今天,在''從教堂回家的路"上,他突然從嘴里'出里一句"'驚嘆的話,他竟然問'他有什麼不好的地方,'以為他在開玩'便隨便回"他几句。他卻說:“好的,'會"的”。",在'眼中的'的小弟弟原來已"會開始懂得有自己的想法了,虧'這姐姐還天天為他"心。當''回到家時,卻發現家里的門竟被反'了,爸爸媽媽都到外地去參加宴席了,所以結論是'''門進。"于弟弟趕時"要去朋友的PARTY,所以他叫'大姐直接載他到朋友家,他'訴''有什麼事情"給他因為他怕會不會有賊偷進''的屋子。當他準備上車時,他還是不"心,便自'奮勇的要爬進屋里,他必須爬到二'的窗口進入屋內,當他爬的時候,'的心砰砰的跳怕他一不小心就。。。。。。還好感謝神他順利的爬進屋內。原本''想待在家的,他卻說:“你不去阿,等下你一個人在家發"什麼事'人'你。”'完全'想到他會說出這麼貼心的話,"'滿感動的,'便跟他一起去了。弟弟就這樣在'毫不知覺中成長了,他已不再為''忝麻煩了反而還會為'''想。
View Entry | Leave A Comment
Haiz........
DATE: 21 Sep 2007, 9:42 pm / MOOD: Disapointed
Selama seminggu ini saya dan kawan-kawan saya menyibukkan diri dalam mengindahkan papan kenyataan untuk pertandingan menghiaskan papan kenyataan sempena Hari Kemerdekaan.Oleh sebab saya merupakan bendahari untuk persatuan Kristian dan Ahli Jawatankuasa yang memegang jawatan yang lebih tinggi daripada saya sedang menduduki peperiksaan , saya terpaksa untuk menerima tugasan ini untuk menghiaskan papan kenyataan. Malangnya saya bukan seorang yang kreatif dan berseni, saya pun mendapatkan bantuan daripada kawan saya untuk menyempurnakan tugasan yang agak sukar bagi saya ini.Saya juga meminta pertolongan daripada Internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tema pertandingan ini iaitu perpaduan, saya benar-benar telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencantikkan papan kenyataan tersebut.Namun, apabila saya melihat papan kenyataan yang dihasilkan oleh kawan-kawan lain lebih cantik dan menarik daripada papan kenyataan saya, keyakinan saya pun hilang dan kecewa .Padahalnya saya juga menabur usaha yang banyak untuk menyiapkan papan kenyataan ini tetapi papan kenyataan saya tidak setanding dengan papan kenyataan mereka.Pada hari ini, Pertandingan Menghiaskan Papan kenyataan telah dijalankan.Pagi-pagi hari ini , kebanyakan ahli persatuan yang lain sibuk menghiaskan papan kenyataan sebagai persiapan terakhir tetapi saya tidak berbuat apa-apa kerana saya telah menyiapkan papan kenyataan semalam. Pada pukul 10 pagi, pengadilan dimulakan. Hati saya berdebar-debar apabila hakim menghampiri papan kenyataan saya.Apabila salah satu daripada hakim tersebut meminta saya untuk menjelaskan maklumat yang ditampal di atas papan kenyataan, saya telah cemas dan menjawab soalan hakim itu dengan tidak betul. Saya berasa sedih apabila hakim tersebut mengkritik bahawa warna latar belakang tidak memadan dengan warna perkataan dan hiasan papan kenyataan saya memeningkan kepalanya. Nampaknya peluang untuk memenangi pertandingan ini menjadi lebih kecil dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada Isnin yang akan datang.Ah, biarlah tidak menang dalam pertandingan ini, asalkan ini dapat menjadi memori yang indah pada masa depan apabila saya mengimbas kembali bagaimana saya berusaha untuk memenangi Pertandingan Menghiaskan Papan kenyataan ini.
View Entry | Leave A Comment
Minah
DATE: 11 Sep 2007, 10:06 pm / MOOD: Dont know
Kawan saya, Minah merupakan seorang yang bertanggungjawab, lemah lembut dan peramah. Dia sering disukai oleh orang di sekelilingnya. Malah, dia merupakan naib kapten pengawas sekolah saya dan dia telah menjawat jawatan yang penting dalam beberapa persatuan. Baru-baru ini, sekolah saya telah mengadakan pertandingan menghiaskan papan kenyataan sempena Hari Kemerdekaan dan semua persatuan berkobar-kobar untuk mendapat hadiah yang lumayan itu. Saya tahu Minah akan berasa tertekan kerana dia terpaksa memikul tanggungwabnya untuk menyiapkan 3 papan kenyataan dan dia juga kekurangan bantuan kerana kebanyakan ahli jawatankuasa yang lain sedang menghadapi peperiksaan kerajaan. Selain itu, dia juga perlu melaksanakan tugasnya untuk lembaga pengawas dan terdapat banyak kerja rumah yang belum desiapkan olehnya. Saya kesian melihat keadaannya dan pada hari ini telah berlaku satu peristiwa yang menyebabkan Minah mengangis. Tidak tahu apa sebabnya, guru metematik kami bersikap tidak normal pada hari ini. Dia telah menyuruh murid-murid untuk menulis jawapan pada papan hitam dan semua murid yang dipanggil keluar dimarah olehnya kerana perkara yang kecil sahaja dan Minah merupakan orang yang terakhir keluar untuk melukis jawapan. Apabila Minah ingin menulis gambar rajah untuk soalan itu, cikgu pun berang dan marahnya supaya jangan membazirkan masa untuk melukis gambar itu dengan nada yang tinggi sehingga kami semua terperanjat dengan apa yang berlaku. Setiap kali Minah menulis apa-apa , cikgu pun marah dia bahawa tidak mendengar kata cikgu dan tidak mengikut langkah-langkah yang betul.Padahalnya, seminggu yang lalu , saya juga menjawab soalan seperti itu di papan hitam dan cikgu pun tidak marah pada masa itu. Akhirnya, Minah tidak tahan dengan sikap cikgu dan melontar kapur ke meja guru. Cikgu tidak peduli apa yang berlaku dan terus memarahimya. Minah yang kesian itu hanya menutup muka dengan tangannya dan menangis, kami semua berasa marah untuknya tetapi kami tidak tahu apa yang boleh kami buat selain memujuknya. Semoga Minah boleh cepat sembuh daripada luka yang terdapat dalam hatinya dan tabah untuk menghadapi semua ini. Minah, kami memerlukanmu dan kami akan menyokongmu.
View Entry | Leave A Comment
DATE: 09 Sep 2007, 9:30 pm / MOOD: Other
9月7日,'终于把这本给看完了,'的心灵也为之一震。其实<>>这是一本基督丛书,"于'不是喜欢看小说的那一型的人,所以'花了差不多1个月的时间才把它看完。这真是一本很好的属灵书籍并值得'们利"宝贵的时间来阅读。这本书主要讲述一位在中国受逼迫的传"人--刘振营或'弟兄如何为主来传福音。从本书的第二章开始便深深感触了',一直到最后一章,他的见证使'感到惭愧,他的信心是多么的庞大,他是一个多么爱主的人,并为了上帝的荣耀级传福音而受到诸般的逼迫。其中几处让'看见上帝的大能及慈爱。如:'弟兄的爸爸因患了肺癌而将不久人世,一天'弟兄的母亲从神那里听到一句"耶稣爱你",她便流泪""她的罪并叫全家人为爸爸'耶稣祷'。一星期内,他爸爸完全康复了。'弟兄便把自己交托给这位神。因为那时是"文革"时期所以找不到一本圣经。他是多么渴望有一本圣经,他便每天'上帝祈求要一本圣经,一个月过了,没'"什么事,有牧师'诉他要禁食祷''"泣,他便在接下来的100天里,继续禁食祈求一本圣经,他的父母还以为他神经"乱。一天凌晨,他从神那里得到异象,看到自己拥有了圣经。但"他'来后却找不到圣经,他非常痛苦,父母以为他神志不清,便一起跪下祷'。突然,他听到一阵敲门声,他便冲出去,听到'异像中一模一样的声音就急忙开门,他看见有'异像中一模一样的两个人手里拿着红袋子,里面就是他日思夜像的圣经!看到这里,'对'弟兄深感佩服,因他为了得到圣经而"泣并禁食祷',而''则有这么多的圣经却没有好好珍惜,求主原谅',让'有一颗渴慕你话语的心,并遵守它。其实这只是'弟兄一个小小的见证,他在'狱里如何受逼迫并仰望神更感动人。所以,千望别"过了这一本书,它将"'你沉睡的灵。
View Entry | Leave A Comment
Sangat Bosan.....
DATE: 07 Sep 2007, 9:55 pm / MOOD: Bored
Saya tidak pergi ke sekolah hari ini, bukan saya telah sakit tetapi ramai cikgu yang mengajar saya telah mengambil cuti dan saya telah diberitahu hal ini semalam. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk tidak pergi ke sekolah walaupun saya mungkin akan diambil tindakan oleh pihak sekolah kerana dikira ponteng jika tidak hadir tanpa apa-apa alasan. Jika nasib baik, guru tingkatan tidak mengambil kira tentang perkara ini dan kalau tidak saya pun tidak berani untuk berfikir apa yang akan berlaku kepada saya. Sebenarya, saya juga telah mengajak beberapa kawan saya supaya tidak pergi ke sekolah.Saya berasa saya ini sangat teruk, kan ? Ha..... tetapi saya tidak tahu apa yang boleh saya lalukan untuk mengisikan masa lapng saya , jadi saya pun membaca buku rujukan untuk subjek Fizik. Ah , saya berasa benak saya hampir pecah kerana memang susah untuk memahaminya , jadi saya terpaksa menarik diri untuk terus membacanya. Saya pun menonton televisyen program tetapi tiada rancangan yang sesuai untuk saya , haiz..Emak saya juga melarang saya untuk melayari internet dan saya betul-betul tidak tahu apa yang boleh buat.Barulah saya sedar bahawa kebonsanan juga merupakan satu kesengsaraan T.T
View Entry | Leave A Comment
Hello
DATE: 06 Sep 2007, 10:00 pm / MOOD: Happy
Ini merupakan pertama kali saya menulis blog,dan saya berasa sangat takut, takut saya akan melakukan apa-apa kesilapan. Sebenarnya saya membuat keputusan untuk menulis blog kerana saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membaiki Bahasa Melayu saya.Hal ini kerana saya selalu mendapatkan keputusan yang sangat teruk dalam peperiksaan Bahasa Melayu saya dan saya telah melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan penguasaan terhadap Bahasa Melayu.Oleh sebab saya tidak menghadiri kelas tuisyen dan cikgu di sekolah saya juga tidak selalu dalam kelas , jadi saya kurang mempunyai peluang untuk menggunakan Bahasa Melayu.Saya berharap saya dapat meningkatkan kemahiran mengarang melalui penulisan blog.Oh Ya,Saya berasa sangat gembira untuk menyertai keluarga bloglah ini dan sila menunjuk ajar jika terdapat apa-apa kesilapan, terima Kasih.
View Entry | Leave A Comment
|