Semasa di SMSS dulu. Aku tidak pernah merokok. Sungguh! Itu sebab aku ada sedozen kakak angkat. Ha ha.
[Damn! Aku perlukan aweks. Bukannya kakak angkat. Nasib aku. Dan. Nasib Izham Omar. Serupa. Aweks yang didamba, kakak angkat yang melambak datang. Damn!]
Ada dua orang. Yang menjadi idola aku. Dalam dunia penagihan tembakau ini. Satu, Encik Rahim Rahman, Ketua Unit Reka Bentuk DBP. Dua, Pak Ajikik, kakitangan DBP juga (aku sudah lupa dia bertugas di bahagian mana). Barang diingat, Pak Ajikik sering minum-minum di warong Hameed bersama-sama dengan Puan Ainon (pada waktu senggang mereka). Wo, sengaja hendak beritahu, Puan Ainon sungguh 'groovy' masa tu. HA HA.
Encik Rahim Rahman ini. Tabiatnya bersambung puntung. Pak Ajikik pun serupa. Tabiatnya bersambung putung jugalah. Ha ha. Dan, aku fikir, kedua-dua orang tua ini sangat 'cool'. Itupun aku masih belum mahu mencuba untuk merokok-rokok. Walaupun larangan merokok di pejabat kerajaan belum berkuatkuasa lagi pada ketika itu.
Tahun-tahun berikutnya. Aku bertelagah. Dengan Mat John, Ketua Reka Bentuk DBP yang menggantikan Encik Rahim Rahman yang telah bersara. Sudahnya aku 'ditendang' oleh Si Fakap itu ke Unit Seranta, Bahagian Perniagaan DBP.
Cuma punya dua orang kakitangan. Aku. Dan. Lailatulakwam binti Mat (kini di Utusan Melayu). Bekerja dan membina kemasyhuran. Di Unit Seranta DBP. Sehingga dicemburui oleh banyak pihak. Rasanya, Puan Ainon tahu cerita ini.
Hidup jadi tertekan (disebabkan oleh banyak perkara). Bermula dengan Dunhill tujuh batang untuk dua hari. Kini boleh menjangkau berbatang-batang untuk beberapa jam sahaja. Alahai!
Sejak akhir-akhir ini. Aku dapat tahu. Kakak aku adalah seorang perokok. Patutlah anak-anak buah aku itu, sel pintarnya nil. Ha ha. "Dah menopause, dah tak beranak lagi, tak apalah kalau merokok pun!" kata Kak Mon. Pssst! Kakak hisap rokok berangin. Serupa dengan rokok yang Tok Rimau hisap mula-mula dulu. HA HA. "Boleh mati pucuk kalau hisap rokok Hacks ni, Tok! Tukar ke Dunhill-lah!" kata aku kepada Tok Rimau, lamaaaaaaaaaaa dulu.
NOTA: Anak kakak, perempuan yang sulung, Intan Fazliana hanya lulus SPM setelah beberapa kali mengambil Julai Paper. Ha ha. Kini, si cantik manis ini bekerja sebagai kerani di pejabat peguam di Segamat. "Tak boleh ambil cutilah, Busu! Kalau Intan cuti - pejabat ni lumpuh!"

